Monday, October 10, 2011

tangkapan dan misi yang tak kesampaian

ha nah, ni hasil tangkapan saya hari ni. berat gakla. kalau pari ni mau 30kg, mesti juara joran saya menang. aaaaaaaaa. hasil tangkapan ini bukan dari big bad ape ntah yang kat maeps tu, ini hasil dari main library um. adehla, spot yang lain, pergi tempat lain, dapat yang lain. sekian.

hehe. tapi takpe. plan nak dapatkan hasil tangkapan seperti di sebelah memang dalam schedule saya untuk minggu ni. nak kena siapkan 2 project paper, dan ini sebahagian bantuan selain jurnal yang banyak jugak saya dah search malam semalam.

hurm, pagi-pagi tadi saya bangun agak awal sebab selain perlu ke library untuk pulangkan 12 buah buku yang dah nak dekat due date, saya pun dah bertekad untuk ke suatu tempat di kl untuk menjayakan misi terpenting saya. so, pagi-pagi lepas siap, pergi cimb, then singgah library. mak aihh. parking penuh kott. nak parking celah mana, buku-buku yang lama sangat berat ok, dekat 20kg kot saya rasa (baby baru lahir pun tak berat camni!). dahla takde troli kottt, so buku-buku itu hanya di isi dalam reusable bag dan saya pun terpaksa la galas walau macam nak tekeluar bahu saya rasa!

tapi disebabkan parking yang sangat-sangat tak bagi kesempatan untuk saya parking dekattttt dengan pintu library, maka saya meneruskan untuk meneruskan agenda saya yang kedua, iaitu ke KL. so, saya pun parkinglah dekat DTC, naik rapid (beli kad rabbit yang saya suka!) dan turun kat stesen universiti. dari sana, naik tren ke KL sentral. sampai-sampai, kuarkan google map yang saya print tentang tempat yang saya nak pi tu, saya terus ke information counter tanya abang hensem kat situ camne nak pi ke jalan XXX tu.

abang kaunter: "eh, jauh tu dik nak jalan"
saya: "mustahil ke tak saya nak jalan ke sana?"
abang kaunter: "tak mustahil dik, tapi jauh gakla. 10 minit. nak jalan boleh, naik teksi pun bleh."
saya: "ok, terima kasih."

saya tekad. saya meneruskan langkah. dalam hati saya, saya nak ke tempat tu untuk menjayakan misi penting saya. trademark dia macam abang tu kata, bila nampak 7-e, then belok kanan. then akan nampak petronas, haaa. kat situ-situlah.

jalan punya jalan di bawah cahaya mentari yang sangat terik (pukul 12 lebih kotttt) dengan banyaknyaa indiaaaa, saya belok kanan bila nampak 7-e, then jalan dan jalan lagi, nampak dah petronas! tapi.............petronas dengan saya lebih kurang 1/2 of the journey!. saya sorang-sorang jalan dan jalan lagi.

then suddenly, saya patah balik. gilaa. memang dah nak dekat (dah sampai setangah berjalan dah), tapi kenapa saya patah balik?

kenapa dan mengapa?

biar saya sorang simpan rahsia ni.

-F-