Sunday, October 02, 2011

counting days

2 months, 2 weeks and 1 day to go!

tik tok tik tok, masa terus berlalu. pejam celik pejam celik sebenarnya detik perjalanan yang tercatat kat atas tu cepat sangatttt berlalunya. seriously. ingat lagi, ticker ini saya mulakan sehari selepas perbincangan serius antara keluarga kami berdua. dan entry ini jelas menunjukkan, selepas dari perjumpaan itu, perasaan sesuatu telah berjaya meresap segenap ruang dalam diri saya. dan saya yakin, naim juga turut merasakan yang sama. kan naim?

SERIUS.

satu perkataan yang boleh saya cakap. serius dalam setiap perbuatan. serius dalam setiap tindakan. dan serius dengan setiap keputusan yang kami bakal buat dalam kehidupan. kahwin bukan menda main-main oii! jangan sesekali ambil mudah.

alhamdulillah, mungkin pada mulakan saya agak macam 'anak last la katakan', pelan-pelan saya boleh terima ini semua. dan sekarang, alhamdulillah sekali lagi, bila saya boleh kata pada diri saya, saya sudah bersedia untuk ini semua. saya bersedia untuk menjadi bakal suri di hati naim dan tidak menolak rezeki awal jika diberikan Allah, bakal ummi untuk anak-anak kami nanti. ye, walaupun sekarang saya masih bergelar pelajar dan kemungkinan untuk meneruskan lagi pelajaran tahun hadapan, insyaAllah, saya sedia dengan izin Allah. alah bisa tegal biasa. cuma 1 saya harapkan, selain kekuatan yang saya pohon dari Allah, saya tetap perlukan sokongan dari orang-orang yang paling saya sayang dalam dunia ini. saya sangat berharapkan bakal suami saya menjadi sumber kekuatan terhebat saya selain keluarga tersayang saya. dan saya yakin, insyaAllah bakal suami saya memahami dan akan menyokong saya seadanya seperti mana saya menyokong beliau selama ini.

sejak akhir-akhir ini seringkali perbincangan kami di skype/gtalk lebih berunsurkan yang serius & ke masa hadapan. yup, memang nampak perubahan. saya perasan perubahan itu berbanding dulu dan dengan kematangan yang diberi diharapkan kami lebih bersedia untuk siap sedia untuk menjalani kehidupan berkeluarga kelak. terima kasih. syukur sangat kat Allah kerana memberi kesempatan untuk kami merasa ini semua.

naim, terima kasih kerana sudi menerima saya seadanya.
terima kasih kerana terus bersama saya walaupun susah dan senang.
saya sangat berharapkan perhubungan kita diredhai dan
diberkati hingga akhir hayat kita, insyaAllah.
maafkan semua salah silap saya,terkasar bahasa atau perbuatan saya
yang mungkin pernah mengguris hati kamu (secara sedar atau tidak).
terima kasih kerana setia bersama dalam proses 'kematangan' saya.
thanks for everything bakal suamiku, mohamad naim bin samsudin.

ikhlas dari bakal surimu,
nurzafirah mat zin
-F-