untuk tidak menghampakan naim, di entry ini saya selitkan sepatah gambar untuk tontonan naim tentang bilik saya sekarang :)
tanggal 3hb yang lalu, di sinilah kaki saya melangkah. sebuah bilik comey di kolej kediaman 11, universiti malaya. dengan bertemankan keluarga saya yang telah memandu dari kedah sampai ke kuala lumpur, kami telah selamat sampai ke destinasi dengan jayanya. alhamdulillah. untuk pengetahuan, bilik ini untuk postgrad ye kawan-kawan, makanya penghuninya adalah dua orang sebilik, bukan 4 orang sebilik. rumet saya juga baik, orang penang. sama utara boleh masuk woo. bilik ini ada aircond and dalam bathroom kami pun ada heater. kepada saya yang tak tahan sejuk (yelah selepas semalaman tido dengan ditemani ekon), heater sangat memainkan peranan ketika mandi. rasa cam best pulok masa mandi. rasa nak mandi lama-lama je. hehe. tak study betul-betul sajalah. macam-macam nikmat dah Allah bagi ni. terima kasih ya Allah. so apa lagi rakan-rakan, sama-sama doakan kejayaan saya di sini eh? amin. :)
untuk pengetahuan anda juga, kolej kediaman saya juga adalah sangatttttt dekat dengan fakulti tersayang saya. senang banyaklah. kalau berjalan kaki agak-agak 5 minit dah sampai. tapi kalau lari, 2 minit mungkin dah sampai. tapi agak-agaklah. janganlah la lari, nanti tertomoih sapa susah. hehe. so untuk langkah keselamatan, saya berjalan je tenang setenangnya ke fac. saja amek angin :)
hurm. tu jerlah kot eh. banyak-banyak kang tak bestlah. nanti dah tak surprise. hehe. nanti saya cerita lagi ye kawan-kawan :)
p/s: naim, saya tak sabar untuk tidur di 'bilik kita' pula lepas ni. ok saya dah *blushing*
-F-