Thursday, September 29, 2011

jom belajar!


wah! tetiba saya rasa rindu sangat kat blog kesayangan saya ni. hari-hari buka (belek-belek je) tapi post entrynya tidak. begitulah kehidupan saya sehari-hari di sini. hehe :)

sebenarnya hari ni saya macam happy sangat, alhamdulillah! sebab apa? sebab saya berpeluang berkongsi ilmu tentang subjek baru kepada kawan-kawan sama course dengan saya (ada 5 je orang dalam course saya temasuk saya). macam tutor la lebih kurang. actually hari ni kami belajar topik e-commerce, tak sangka plak lecturer nak suruh kami pi lab create online blogshop. saya memang suka menda alah ni, so apa lagi, sebut blog je saya dah happy + excited semacam. hehe. yelah, saya kan dah ada abaya addict. hehe. walaupun sunyi sejak 2 menjak ni (saya macam tak sempat nak handle business ni sorang diri, huk3), alhamdulillah sambutan untuk abaya addict still ada sampai ke hari ni. serius saya tak tipu. sebenarnya setiap hari saya buka emel abaya addict saya, dan setiap hari jugaklah ada new orders masuk. tapi saya tak balas jugak email depa. huk3 :( bukan sengaja, maafkan saya dear customers (lama/baru). saya tak sengaja. saya bukan rasa tak bersalah bila buat anda tertunggu-tunggu bila abaya addict nak online/start business balik. saya betul-betul tak sempat sangat sekarang. jadual saya sangat padat. insyaAllah, minggu depan kami dah start cuti, insyaAllah lapang kot sikit. so, insyaAllah, saya akan cuba restart balik abaya addict ok? bear with me dear customers? :)

hurm, berbalik kepada tajuk asal saya, saya tak tau kenapa saya rasa macam suka sangat nak menda mengajar2 ni. mengajar macam beri saya satu kepuasan yang saya sukar huraikan dengan kata-kata. mengajar/mendidik adalah bukan sahaja menunjuk ajarkan apa yang kita tahu kepada yang tidak tahu, bahkan sebenarnya kesemua pihak yang terlibat adalah sama-sama belajar antara 1 sama lain. tak tau lah anda paham ke tak apa yang saya explainkan kat atas ni. yang saya tau, saya sangat suka menunjuk ajar/berkongsi ilmu. so kalau anda perlukan apa-apa bantuan, insyaAllah saya sudi kongsikan apa yang saya tahu. -pernyataan ikhlas daripada prof. dr. datin hajah nurzafirah..amin!-

oklah, sebelum saya tutup entry ni, saya nak share 1 picture dengan anda semua.

tentang rakan-rakan baru saya di fakulti saya, AEI (september 2011 intake). ada 4 courses sebenarnya, total dalam 30 lebih sket kalau tak salah. ada dari macam-macam countries such as china, indonesia, germany, mexico and malaysia tercinta juga. very the international kan? hehehe. dalam ni ade sorang tengah amek gambar (simon) and sorang lagi missing, fitri ex-unic. fitri dah kalut-kalut pi ukm kalau tak salah time ni sebab dia nak setel hal konvo dia. our beloved prof ada kat tengah2, pakai baju putih and tudung hijau. a very nice prof i can say. thank you so much prof, we love you!


p/s: mana prof nurzafirah? ce cari ce cari... hehehe :P

-F-