Sunday, March 04, 2012

more than nasi ayam


this is what i had for my lunch last 2 days. take away set from the chicken rice shop. halal, simple, affordable, dan sedap alhamdulillah. yang paling best, tapawe dia comel, kemas aje. hehe.

honestly, this is my second attempt makan kat chicken rice shop. (gila ketinggalan. huhu) but yang first saya makan tea time set. puas hati. tu yang kali ni try set nasi dia pulak. pun puas hati. aaaa. best gila kot. saya ni jarang kot nak puji-puji unless makanan tu betul-betul kena dengan tekak saya.

p/s: nanti nak try menu lain pulak lah. macam best je semua-semua. saya suka ;') rindu nak makan sesama dengan suami saya. uhuk ;'(

-F-

Saturday, March 03, 2012

saya sedang..

tak tahu kenapa tetiba rasa sedih sangat lepas tengok 'sesuatu' kat fb tu. before that pun saya ada msg someone cakap pasal 'itu', then suddenly hati bertambah sebak tengok 'sesuatu' kat fb. macam didorong pulak tengok.


siapa yang tak nak yang 'tu'. saya nak, tapi... Ya Allah ;'(

current mood: sedih ;'(

-F-

Wednesday, February 29, 2012

passport - checked

alhamdulillah, passport dah setel 2 minggu lepas. alah, sejam jer kot tunggu siap. ingatkan susah sangat nak buat, kalau tahu senang dah lama dah buat. hehehe

cuma yang tinggal adalah urusan visa. rancangannya nak setelkan hal visa dalam minggu depan, ada cuti 2 minggu, boleh la kot curi masa sikit nak gi embassy uruskan hal visa ni. semoga semuanya berjalan lancar.

haih, pejam celik pejam celik dah nak abes belajar dah rupanya. tak sampai setahun pun sebenarnya. kadang-kadang tak rasa sangat pun, yelah, asyik cuti je kejenya. hehe. sekarang dah nak kerja dah. last subject next 2 week, dan belajar akan tamat insyaAllah minggu pertama april. selepas itu ke mana? tettt. rahsia. hehe.

tak sabar nak ke tempat yang satu tu. tapi before yang tempat perlu visa tu, saya nak ke sarawak dulu lah. i really miss someone there!

Ya Allah, permudahkanlah dan lancarkanlah urusan ku kali ni..amin
-F-

Saturday, February 18, 2012

buku idaman



akhirnya buku impian yang dah lama gila saya idamkan dah dapat dah 4 hari lepas. yang atas karya idola terhormat saya, yang bawah tu, sebab dia imported, lambat pulak nak sampai malaysia, so masa beli buku atas tu tak dapatlah beli yang bawah tu. sebenarnya masa terima jer baucer, saya macam ting! dah tahu apa nak beli. punyalah simpan baucer tu baik-baik. dapat awal dah dari bulan 1, tapi sebab nak tunggu buku impian sampai ke malaysia, tunggu gaklah sampai tengah bulan ni baru ke kedai buku. semangat!

"eh2, beli 2 buku ajer??", tanya mak joyah kepada fira. kalau pergi blog orang lain mesti anda boleh tengok dorang beli banyakkkk buku dengan 4 keping baucer. kaler-kaler lagi buku dorang. ada setengah tu siap tak tahu nak buat apa lagi sebab baucer terlebih. huhu. takpelah, lain padang, lain belalangnya. bagi saya, saya sangat hargai dan sangat-suka dapat baucer ni dan alhamdulillah, walaupun macam tak cukup je (macam tamak nak baucer banyak), tapi alhamdulillah, i managed to get them both. (walaupun kena tambah duit + guna kesemua baucer yang dapat).

i love myself (tetiba). hehe :)

p/s: terima kasih PM, terima kasih kerajaan Malaysia. :)

-F-


Thursday, February 16, 2012

untuk kamu


"Ya Allah, aku memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga aku memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan aku ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya.

Sebaliknya jikalau di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

p/s: saya bukan ustazah, jauh sekali alim ulamak. saya hanya seorang insan yang tak mahu melihat orang yang paling dia sayang kesedihan dalam kekusutan mahupun kekeliruan.

-F-